Sunday 27 November 2016

Landmark Study Shaklee Bukti Produk Shaklee Berkesan dan Selamat

Assalamualaikum semua. Seperti dijanjikan sebelum ini, saya akan kongsikan lagi satu lagi Landmark Study Shaklee yang dilakukan untuk membuktikan lagi bahawa produk Shaklee berkesan dan selamat.

Sebelum ini saya ada kongsikan Landmark Study Shaklee yang diterbitkan pada 24 Oktober 2007 dalam "Nutrition Journal 2007" mengenai kesan pengambilan multivitamin yang diketuai oleh Professor Emerita Dr. Gladys Block dari School of Public Health, University College Berkeley.

Kali ini saya kongsikan berkenaan landmark study yang diketuai oleh Professor Elizabeth H. Blackburn iaitu pemenang Nobel Laureate dan Morris Herzstein Professor of Biology and Psysiology di Jabatan Biokimia dan Biofizik, University of California San Francisco (UCSF). Beliau boleh dikatakan sebagai 'pemimpin' dalam bidang 'Telomere' dan kajian 'Telomerase'. Dalam kajian ini, beliau menjumpai bagaimana kromosom dilindungi oleh 'Telomere" dan enzim 'Telomere'.

Ringkasan Landmark Study Shaklee II.

Kajian ini tertumpu pada DNA dan 'pemanjangam umur'. Dalam kajian ini, 107 peserta dari pengguna produk Shaklee (Vitalizer, Vivix dan Shaklee 180) selama kira-kira  5 tahun dan juga sekumpulan peserta yang tidak mengambil sebarang suplimen dan hasil keputusan awal kajian ini amat menarik.

Apa itu 'Telomere'.

Merupakan 'penanda' biologi penuaan. Ia boleh dikatakan sebagai kunci kepada penuaan dan juga kanser. Dia dalam pusat / nukleus sel, gen manusia berada dalam keadaan berpintal / "twisted" dan molekul dua terkandas / "double-stranded molecules" yang juga dikenali sebagai kromosom. Pada setiap hujung kromosom (kedua-dua belah) beradanya DNA dipanggil sebagai 'telomere', yang melindungi data genetik, dan 'memegang' beberapa rahsia bagaimana manusia semakin tua dan mati disebabka  kanser dan penyakit-penyakit lain.

'Telomere' akan menghalang hujung kromosom dari 'bergaduh' atau melekat diantara satu sama lain, yang akan 'merebut' maklumat genetik organisma dan seterusnya mengakibatkan kanser, penyakit-penyakit lain atau kematian.

Setiap kali berlakunya proses pembahagian sel, 'telomere' akan menjadi semakin pendek. Apabila sel menjadi terlalu pendek akibat proses pembahagian, sel akan tidak lagi mampu membahagi dan seterusnya akan menjadi tidak aktif atau 'uzur' atau mati. Proses ini amat berkaitan dengan proses penuaan, kanser dan risiko tinggi kematian.

Kajian terhadap potensi polifenol dalam produk Shaklee iaitu Vivix terhadap pelindungan 'telomere' menunjukkan pertumbuhan yang amat dramatik dan menakjubkan tahun kebelakangan ini.

Diharap perkongsian ini memberi anda sedikit kefahaman asas terhadap potensi Vivix Shaklee dalam membantu penyembuhan penyakit kronik, dan langsung pada proses penuaan manusia.

Penerangan yang agak klinikal tetapi saya harap anda dapat faham asas pada kajian yang dilakukan.

Jangan 'pandang sebelah mata' pada sebarang poster dan testimoni kejayaan Vivix Shaklee selepas ini ya.

Sekian, terima kasih kerana sanggup baca sehingga habis perkongsian saya kali ini.
----------------------------
Syed Ismail
0192752749

#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Friday 25 November 2016

Vitalea Shaklee : Produk Shaklee Wajib Ada Dalam Setiap Rumah

Assalamualaikum semua. Semoga kita sentiasa tersenyum dan gembira bersama ahli keluarga. Pada yang tidak, semoga Allah letakkan kita diantara hambanyaNya yang berterus-terusan berada dalam kasih sayangNya. Rahmat yang amat-amat tidak ternilai. Amin.

Apa itu Vita-lea Shaklee.

Suplimen ini merupakan multivitamin pertama di dunia dicipta sendiri oleh pengasas Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee dangan nama lamanya Vitalize- mineral pada tahun 1915 ketika beliau berusia 21 tahun. Cukup lama bukan. Sudah hampir 101 tahun usia produk ini. Sudah 'tua' kan. Haha

Kenapa vita-lea Shaklee.

Merupakan salah satu suplimen multivitamin paling seimbang dengan khasiat yng lengkap, dirumus khas untuk membekal pelbagai vitamin dan mineral penting untuk orang dewasa dan kanak-kanak. 101 tahun dalam penghasilan, kajian berterusan dan penambahbaikan untuk memastikan khasiat dari sumber yang tidak dicemari oleh sebarang toksin dapat dicernakan oleh tubuh badan dengan mudah, tepat memberi kesan serta tiada kesan sampingan buruk. Bukan cakap kosong ya. Produk ini disokong oleh 7 kajian klinikal. Ini fakta.

Jenis produk Vita-lea Shalee.

1. Vita-lea Iron Formula.

Mengandungi 28 vitamin dan mineral penting untuk orang dewasa yang terbukti menggalakkan kecerdasan dan kesihatan seluruh badan, menguatkan tulang dan serta sistem imun dan melindungi tubuh dan radikal bebas. Ini kesan yang paling asas.

2. Vita-lea For Children.

Membekalkan 18 vitamin dan mineral yang mengandungi micronutrien berspektrum luas penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak, dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti serta dihasilkan secara spesifik untuk memudahkan pengambilan oleh kanak-kanak. Pada yang anaknya memilih makanan menyebabkan kurang nutrisi, Vita-le for Children memang pilihan tepat.

Kelebihan Vita-lea Shaklee.

Antaranya:

1. 2 tablet sahaja membekalkan vitamin mineral asas untuk tubuh badan,

2. Tablet multi-vitamin terpantas larut air dan tubuh badan.

3. Pengambilan berterusan selama setahun mengurangkan risiko sakit sebanyak 65%,

4. Mengandungi unsur iron. Amat disarankan ada ibu mengandung yang ada Anemia serta yang mengalami luka pendarahan besar,

5. Kandungan Pottasium dalam Vita-lea akan menyelesaikan masalah 'food craving' atau 'terasa selalu lapar dan suka mengunyah makanan ringan',

6. Diambil oleh negarawan ulung kita yang sudah lanjut usianya tapi masih sihat bertenaga. Betul. Memang beliau. Tepat tekaan anda...

7. Vita-lea digunakan digunakan hampir kesemua set kesihatan Shaklee.

Jika anda berminat untuk mencuba atau ingin mendapatkan maklumat lebih lengkap, boleh terus hubungi saya.

InsyaAllah saya serta Nutrionist Shaklee akan bantu dalam penjagaan keseluruhan kesihatan kita.

Terima kasih.
.........................
Syed Ismail
0192752749


#tsunamishaklee

#superstarsshaklee

#supershakleeman

#9gemilang

Thursday 24 November 2016

Set asas Shaklee untuk kuruskan badan.

2 botol ni memang sentiasa ada di meja opis. Senang nak capai dan telan. Bukan nak sgt kurus, cuma nak sihat atas sebab kurus je. Haha

Lecithin untuk pecah dan bakar lemak dan Alfalfa untuk membuang lemak + toksin dalam badan. Itu fungsi utama kalau dari segi kawalan berat badan.

Cukupla pada yang bajet sederhana kurang. Dari terus kurus dalam jangka masa singkat dengan kos yang agak tinggi, lebih baik kita kawal berat badan dengan Lecithin + Alfalfa dulu. Pasti kurus jugak nanti. Haha

Selain itu, antara kesan pengambilan:

Lecithin
- Membantu penyerapan vitamin larut lemak
- Melindungi hati
- Pemecahan lemak dan kolestrol
- Pelangsingan

Alfalfa
- mencuci darah dan usus
- Melawan alahan
- Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
- Menyingkirkan lemak dan kolestrol
- Melawan tumor
- Melegakan keletihan
- Mencegah / merawat atritis

Orang kata, "Mengubati sesuatu penyakit adalah lebih mahal dari menjaga kesihatan." Betul kan 😊
--------------------
Syed Ismail
019 2752749

#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Tuesday 22 November 2016

Demam dan punca-puncanya



Assalamualaikum semua.

Jika anak-anak kecil terkena demam memang kelam kabut rasa. Lebih-lebih lagi jika mak dan ayahnya masing-masing masih bekerja. Sapela agaknya yang kena berkorban untuk ambil cuti hantar anak ke klinik dan jaga sehingga sembuh? Hahaha. Betul, memang tepat jawapan anda.

Ok, mengapa demam terjadi?

Berdasarkan penerangan dari Dr. Alya Hamzah, Pegawai Perubatan Paediatrik:

"Pada otak manusia terdapat satu struktur yang dipanggil ‘hypothalamus‘ yang mempunyai pelbagai fungsi penting dalam menyelenggara aktiviti-aktiviti badan yang normal.

Antara fungsi hypothalamus adalah bertindak sebagai ‘thermostat‘ dalaman yang menetapkan suhu badan yang normal iaitu antara 36.5°C ke 37.5°C.

Keadaan seperti jangkitan kuman atau penyakit-penyakit tertentu boleh merangsang hypothalamus untuk meningkatkan suhu badan manusia. Keadaan ini dipercayai berlaku sebagai langkah ‘pertahanan’ badan yang normal untuk melawan jangkitan atau penyakit. Fenomena ini merupakan suatu kebaikan demam kepada tubuh badan kita."

Sedikit jelas kan.

Kebiasaannya, jangkitan kuman atau penyakit akan menyebabkan gejala demam dan diantara punca-punca demam bagi kanak-kanak ialah:

1. Batuk dan selesema akibat jangkitan virus,
2. Jangkitan pada tekak atau telinga,
3. Jangkitan paru paru
4. Jangkitan saluran kencing
5. Radang otak,
6. Demam denggi,
7. Demam campak,
8. Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus, Juvenile Idiopathic Arthritis.

Tapi jangan terkejut ya, anak baru nak tumbuh gigi pun boleh demam tau, tapi tidak lah teruk sangat sampai kena bawa ke klinik (mungkin pada ibu penyayang yg sudah panik). hahaha

Berkenaan dengan jangkitan kuman, Shaklee memang promo kaw-kaw salah satu produknya yang teebukti berkesan membantu mengurangkan risiko mendapat demam iaitu NutriFeron.

NutriFeron Shaklee merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Ramuan proprietari berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semula jadi ini dihasilkan daripada biji labu, bunga kesumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas Jepun. Organik semuanya.

Bagimana ia berfungsi?

Secara ringkas, NutriFeron bertindak dengan dua cara:

1. Mengaktifkan sistem pertahanan imuniti,
2. Menggerakkan 'pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan kita.

Lebih kurang macam itulah proses dia. Pada yang anaknya kerap sangat tidak sihat, pertama sekali, dapatkan nasihat dari pakar perubatan yang bertauliah dan dapatkan cadangan perubatan yang bersesuaian untuk anak sebelum mengambil sebarang produk-produk kesihatan yang berkaitan termasuklah NutriFeron Shaklee.

Kenapa, NutriFeron Shaklee tak bagus ke?

Bukan, kita perlu tahu apa sebenarnya masalah anak kita hingga menyebabkan demam yang kerap. Adakah hanya disebabkan oleh jangkita kuman atau disebabkan oleh penyakit. Jangan kita salah dapatkan rawatan.

Okay, jika ada sebarang pertanyaan berkenaan NutriFeron, boleh terus wassup saya ya.

Terima kasih.
...................................
Syed Ismail
019-2752749
#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Monday 21 November 2016

Trip Shaklee November 2016 to Langkawi

Trip Shaklee November 2016 to Langkawi

Seronok
Seronok
Seronok

Dapat liputan dari semasa ke semasa dari Puan Farin F. Mazelan memang buat saya teruja sgt2. Adik2 seperguruan pun semua nak join trip yang Shaklee selepas ni. Memag amat2 best.

Kenapa best?

Sebab semua fully sponsored oleh Shaklee. 3 hari 2 malam, menginap pulak kat Hotel Westin Resort & Spa. Jalan2 1 pulau, duit poket pun dapat lagi. Hahaha. Memang murah rezeki.

Tahun depan trip ke Jepun pulak. International trip. InsyaAllah saya pun nak join.

Usaha5x. Hahaha
.............................
Syed Ismail
0192752749
#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Sunday 20 November 2016

Pertama Kali berjumpa dengan Upline a.k.a Mentor / Cikgu / Kaunselor / Motivator


Belajar mesti ada guru. Tak kira belajar apa sekalipun, belajar Mengenal Allah S.W.T, belajar mengenal diri, belajarl ilmu termasuklah belajar berniaga online Shaklee yang tengah saya lakukan sekarang.

Saya kongsikan sedikit sesi pembelajaran  berniaga online Shaklee. Semuanya online tau. Dari mengenal produk, bidang pemasaran, konsultasi dengan pelanggan, penghantaran produk (+ cash on delivery) waima perbincangan, pertanyaan dan nasihat eksklusif dengan Upline a.k.a Mentor / Cikgu / Kaunselor / Motivator pun hampir sepenuhnya online.

Best kan...
Mudah kan...

Kenapa ya? Antara sebabnya:

- Ketika bersama keluarga, anda boleh belajar,
- Ondaway blik kampung, bisness akan jalan mcm biasa,
- Masa bekerja office hour, income Shaklee tetap mengalir masuk.

Best ke best?

Sepanjang perniagaan online saya, baru 4 kali jumpa 'Apak' dan 2 kali 'Mami' Shaklee saya. Saya beruntung sebab mereka tinggal tak jauh dari saya. Walaupun tak jauh, kami tetap jarang berjumpa face to face atas sbb kekangan masa dan komitmen keluarga. Tetapi, tiap2 hari pasti/mesti 'berjumpa' secara online bersama dengan kakak2 dan adik2 seperguruan.

Mudah ke mudah?

Tapi apa yg paling penting, pastikan dapat Upline a.k.a Mentor / Cikgu / Kaunselor / Motivator yg terbaik seperti yang saya ada sekarang. Baru fokus bisness online tak terbabas atau hanya hangat2 t**k ayam.

Dan paling2 penting, set kan WHY kita betul2 dan usaha yg berterus-terusan. Rezeki yang baik tak kan 'datang' kalau kita sendiri tak 'menjemputnya'.

Best dan Mudah kan. Anda berminat? Boleh wassup saya. Kita jemput rezeki tu datang sama2

*Nota: Gambar bersama Master Salwa Al'Izzah a.k.a Mami, kakak2 seperguruan Superstars dan Master Lyna Noh. Master Abdurrahman Al-Ithnaini a.k.a Apak tak dek sbb dalam kereta, turn jaga anak.
........................
Syed Ismail
0192752749
#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Tuesday 15 November 2016

Pengalaman Berurusan Dengan Pelanggan Buat Pertama Kali


Teringat masa mula2 bershaklee. mula-mula beli untuk diri sendiri je. Itupun sebab ada masalah kesihatan. Lepas tu kawan sepejabat tau, minta tolong belikan sebab susah nak dapat. Bila rasa dh serasi, saya mula belikan untuk kegunaan keluarga.

Pada 1 hb September, rezeki pembeli pertama sampai. Pembeli nak beli Peppermint Ginger Plus Shaklee, untuk anak kawan sebab dah habis pantang tapi masih ada masalah loya-loya yang kronik. Malam tu jugak COD.

Tapi sebelum pergi, study siap2 tntg produk, masalah berkaitan bersalin, berpantang, angin, halia. Manatau tiba2 test tanya, haru nak menjawab. hahaha

10 minit jugak mencari rumah dalam hujan renyai2. Tak jauh mana pun, taman bersebelahan je. Cuak la tu. hahaha. Nasib baik Akak tu relak je. akhirnya sampai terus dijemput masuk rumah. Husband dia dah standy tunggu sambil layan TV. Siap dah tersedia air tea o suam lagi. Ok, mungkin ini perjumpaan yang agak sedikit lama.

Sambil-sambil melangkah masuk, dalam kepala:

'Bersalin, Berpantang, Angin, Halia
Bersalin, Berpantang, Angin, Halia'.

Sambil borak2 ringan, tetiba Akak tu tanya,

"Adik, akak nak tnya skit ni boleh.." Habis je Akak tu cakap, husband dia terus betulkan kedudukan. Betul2 duduk berhadapan dengan saya.

"Boleh kak, insyaAllah saya jawab mana mampu.." Muka buat2 bersahaja.

Mestila kena jawab soalan kan. Kata diri pengedar. Kalau sekadar runner je, mungkin boleh la 'pusing' lepas diri. Dalam kepala:

'Bersalin, Berpantang, Angin, Halia
Bersalin, Berpantang, Angin, Halia'

"Akak ni, doktor cakap ada Diabetes tahap satu. Adik rasa apa sebab kena ya, apa akak kena buat sekarang dan suplimen apa yang sesuai dengan akak?". Tak ada kena mengena dengan 'Bersalin, Berpantang, Angin, Halia'. Lupa, akak tu beli untuk anak kawan dia 

Ooo...
Diabetes Kak ye...
Ermm... 

Ok. Camni kak...

Saya rasa kalian pasti dapat jangka terjadi / reaksi / jawapan amatur macam saya selepas itu. hahaha.
Ini antara pengalaman yang paling beharga buat saya. Saya tidak gagal, cuma kurang pengetahuan je,  dan pengetahuan akan bertambah dari sehari ke sehari. InsyaAllah 

Sekadar perkongsian.

Terima kasih.
--------------------------
SYED ISMAIL
019 2752749
#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#supershakleeman
#superstarsshaklee
#9gemilang

Pengasas Shaklee



HIDUP BERHARMONI DENGAN ALAM

Dr. Forrest C. Shaklee a.k.a Dr. Shaklee

1. Menghidap penyakit batuk kering pada zaman kanak-kanak dan diramalkan boleh hidup sehingga umur 8 tahun sahaja. Berpindah dari Carlisles (merupakan kawasan perlombongan arang batu) ke  utara Iowa sebagai satu terapi untuk hidup dengan alam semulajadi yang tidak tercemar bagi merawat penyakit yang dihadapi. Berjaya cuma tidak sesihat dan secergas kanak2 yang sebaya.

2. Disahkan menghidap kanser dan digesa untuk dipotong lengan dan kaki untuk mengelak sel kanser dari terus merebak. Pada saat itu, beliau merupakan antara doktor muda yang sedang meningkat naik. Dikudungkan dikala istrinya sedang sarat mengandung dan mempunyai seorang anak adalah pilihan yang terakhir akan diambil. Lantas, terus secara intensif dalam pengambilan buahan dan sayuran segar dibantu dengan pengambilan suplimen dengan kuantiti yang tinggi serta kerap berpuasa. Tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh, kesihatan dan tenaga semakin pulih dan beliau masih hidup. Hanya dengan pengambilan nutrisi yang tepat.

Dan... 

Bermulanya era Shaklee dalam dunia perubatan bersumberkan alam semulajadi.

1915 - Multivitamin pertama di dunia dicipta 'Vitalized Minerals a.k.a Vitalea Minerals

1956 - Syarikat Shaklee ditubuhkan

1960 - Penghasilan pencuci organik Basic H

1972 - Penghasilan Instant Protein

1975 - Shaklee Jepun ditubuhkan

1976 - Shaklee Canada ditubuhkan

1981 - Vita C Sustained Release dicipta

1983 - Pendaki warga Amerika berjaya mendaki Gunung Everest hanya dengan nutrisi Shaklee tanpa bantuan bekalan oksigen.

1988 - Shaklee Malaysia ditubuhkan.

Dan banyak lagi kejayaan hingga ke hari ini hanya disebabkan penyakit batuk kering dan kanser.

Hanya dengan Hidup Berharmoni Dengan Alam
-------------------------
Syed Ismail
019 2752749
#shakleeeffect
#liveamazing
#tsunamishaklee
#9gemilang
#superstarsshaklee

Thursday 10 November 2016

Basic H2

PETUA LAMA GANTI BARU

Sejak terbeli Basic H2 untuk memcuci kesan'karat' pada puting botol susu anak, pelbagai lagi ujikaji lain dibuat untuk menyokong teori 1001 kegunaan Basic H2. Dan setiap hasil yang berkesan terus saya 'patent'kan sebagai petua moden untuk diwariskan pada anak cucu saya.

Antaranya petua moden titisan Basic H2 pada Beberapa liter air:

1. Merendam sayuran dan buahan dibeli dari pasar untuk menghilangkan segala macam bahan kimia / racun serangga

2. Merendam ikan dan daging bagi menghilangkan bahan kimia membekukan/mengekalkan 'kecantikpandangan' ikan dan daging

3. Melumurkan terus pada tangan untul menanggalkan getah buah nangka, kesan cili dan dakwat marker pen

4. Titiskan pada tempat terkena gula-gula getah yang gegil nak tanggal

5. Basahkan kain pada air campuran Basic H2 untuk dilapkan pada rambut, dada atau belakang badan anak atau diri yg demam

Masih ada 995 petua lain yg saya belum cuba lagi.

Mungkin anda boleh bantu saya buat ujikaji sekali. Bahan 100% organik. Sekali pakai, memang tak boleh tinggal 😊😊😊

Wassup saya kalau nk cuba ya.
--------------------------
Syed Ismail
019 2752749

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#supershakleeman
#9gemilang

Tuesday 8 November 2016

Bisness part-time dengan Shaklee

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak berkongsi kerja part time dengan Shaklee.

Sambil2 pakai sendiri untuk kesihatan diri, anak istri dan keluarga, berkongsi kebaikan dan keberkesanan suplimen Shaklee  dengan anda semua boleh mendatangkan sumber pendapatan pasif pada saya.

WHY???

Kerana Faktor WHY saya banyak:

1. Kos sara hidup yang meningkat pantas berbanding peningkatan gaji
2.  Anak2 yg makin bertambah dan membesar
3. Persediaan untuk tahun2 mendatang yg mencabar
4. Pinjaman PTPTN
5. Pinjaman rumah
6. Pinjaman kereta

Dengan Shaklee + kerja keras + IzinNya, saya berharap hanya dalam masa 6 bulan lg (dalam Shaklee), saya akan bertukar status dari level Independent Distributor kepada level Master, apa yang saya akan dapat? InsyaAllah bonus dalam 5 hampir 6 angka pasti dalam tangan dan kesihatan yang baik asbab suplimen Shaklee.

Tak percaya??? Hahaha

Camni la. Ni contoh. Pada yang pagi2 p kerja, selalu nampak tak satu kreta agak mewah, pemandunya masih muda belia, bawak istri dan 2 anak kecil p kdai makan, lepak2 minum dgn keluarga. Pastu sambung membeli belah. Relax je. Xdeknye kalut pergi kerja pagi2 buta, blik lepas maghrib.

Lg 1 contoh. Staff bawahan kita. Masuk 8.30pg, blik sharp pukul 5.30. Tp mampu bawak family pergi beriadah tiap hujung minggu, 6 bulan skali keluar negara melancong, padahal gaji rendah dari kita.

Kenapa ya. Anak org kaya kot.

Mungkin 10 peratus shj. Selebihnya, mereka golongan peniaga sepenuh masa dengan menggunakan peluang langit terbuka seperti media sosial. Bisness tetap jalan walau:

- Tengah berjoging pagi isnin
- Tengah parking kereta tepi pantai Morib petang selasa
- Tengah snorkeling kat pulau perhentian tgh hari rabu

Kita, hujung bulan lepas gaji baru ada duit + masa nak blik kmpung jenguk keluarga (saya juga masih di tahap ini pada saat ini)

Pada yang berminat untuk tukar cara hidup kita pada yang levih baik dengan manfaat bisnes Shaklee, boleh terus wassup saya.

Takkan nk tunggu jiran sbelah rumah nak ubah kita kan 😊😊😊
-----------------------
Syed Ismail
019 2752749

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#supershakleeman
#suplimencegahdiabetes
#9gemilang