Wednesday 14 December 2016

5 Cara Berjimat Cermat Untuk Persediaan Persekolahan Anak

Sudah tak lama lagi sesi persekolahan 2017 akan bermula. Duit cukup tak?

Macam-macam kena sediakan. Lebih-lebih lagi pada yang baru nak masuk alam persekolahan. Antara barangan yang kebiasaannya perlu:

Pakaian
1. Kemeja putih / baju kurung putih / uniform
2. Seluar panjang / kain biru muda
3. Singlet / baju dalam
4. Stokin
5. Tali pinggang
6. Tali leher
7. Sampin
8. Songkok / tudung bulat

Lain-lain
1. Beg galas
2. Kasut
3. Beg duit
4. Lunch box
5. Botol air

Stationary
1. Pensil / pen
2. Pembaris
3. Pengasah pensil
4. Pemadam
5. Kotak pensil
6. Pensil warna
7. Kertas lukisan
8. Buku latihan
9. Pembalut buku.

Saya yang tengah menaip ni pun sudah sedikit tertekan. Mana yang boleh pakai lagi, 'bring forward' untuk tahun depan. Tapi kalau untuk anak baru nak mulakan kehidupan sebagai pelajar, bertabahlah. Untuk masa depan anak-anak kita di kemudian hari.

Saya kongsikan sedikit cara-cara untuk kita sebagai ibu bapa atau penjaga dalam penjimatan perbelanjaan kewangan. Sekurang-kurangnya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi untuk anak-anak.

1. Tetapkan matlamat - kali ini kita set untuk persediaan persekolahan anak-anak

2. Senaraikan semua perbelanjaan selama sebulan - untuk kita buat penilaian barangan apa yang boleh kita skip pada bulan tersebut.

3. Makan - cuba elakkan untuk kerap makan di luar.  Bawa bekal. Jangan risau. Dah ramai yang bawa bekal ke pejabat. Siap ada group 'potluck' lagi. Hari-hari bersidang.

4. Simpan duit lebihan - kekalkan pembelanjaan berhemah pada tiap-tiap bulan. Sekiranya mendapat rezeki yang lebih seperti bonus, asing dan simpan. Jgn gunakan untuk lebihkan perbelanjaan bulanan.

5. Pembelian menggunakan kad debit - kebiasaan, bila kita gunakan wang tunai, duit lebihan RM10, RM5 ataupun RM1 mudah kita gunakan untuk pembelian 'spontan'. Keluarkan RM50, beli barang perlu hanya RM32 tapi baki untuk dibawa ke hari esok hanya RM5 sahaja. Jika gunakan kad debit, jumlah yang keluar dari akaun hanya pada nilai belian sahaja. Tiada tunai di tangan. Pembelian 'spontan' dapat dielakkan.

Banyak lagi tip-tip lain yang boleh digunapakai. Sesuaikan dengan kebiasaan anda.

Pada yang lakukan bisnes online Shaklee, selamat maju jaya untuk closing Disember 2016. Kita berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.

SYED ISMAIL
019-2752749
Pengedar & Stokis Shaklee Cheras

No comments:

Post a Comment