Saturday 10 December 2016

Bisnes Online Shaklee : Bebas Hutang PTPTN

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Semoga sentiasa sihat dan bergembira bersama ahli keluarga tersayang. Sedikit perkongsian berkenaan dengan impian selepas 1 tahun dengan bisnes online Shaklee saya.

Sudah 5 bulan saya mulakan bisnes online Shaklee dan bonus tertinggi saya dapat baru 3 angka. Pada saya, ia adalah jumlah yang amat menggembirakan memandangkan bisnes online Shaklee hanya dilakukan secara sambilan sahaja. Saya hanya peruntukkan masa bekerja di siang hari untuk mengemaskini produk-produk dan komunikasi bersama pegambil suplimen tambahan Shaklee dan kadang-kala pada waktu malam, digunakan untuk penghantaran produk secara 'Cash On Delivery' di kawasan sekitar Cheras jika pengambil suplimen Shaklee memerlukannya dalam kadar segara. Jika tidak, produk akan dihantar menggunakan pos oleh pihak Shaklee sendiri.

Aktiviti kebiasaan saya masih lagi berjalan seperti biasa walaupun telah membuka 3 cawangan berbeza kedai online Shaklee (page FB, Instagram dan Blog). Cuma saya akan pastikan telefon Samsung Galaxy A5 saya sentiasa ada beteri dan talian internet.

Memandangkan bisnes online Shaklee akan saya jadikan sebagai punca pendapatan utama dalam jangkamasa 5 tahun (tinggal 55 bulan lagi),  impian-impian utama telah ditetapkan untuk memastikan perjalanan bisnes online Shaklee akan berjalan lancar, teratur dan kerkeupayaan untuk mencapat target.

Impian jangkamasa pendek iaitu untuk satu tahun telah saya tetapkan. Saya akan pastikan sekurang-kurangnya separuh pinjaman pendidikan PTPTN dapat dilunaskan iaitu sebanyak RM20,000.00 dari RM40,000.00 dan keseluruhan pinjaman dapat dilunaskan pada satu tahun berikutnya iaitu pada hujung tahun 2018. Selepas itu, saya akan terus berusaha untuk melangsaikan pinjaman kenderaan dan perumahan dalam 3 tahun berikutnya. InsyaAllah, semoga impian bebas hutang dipermudahkan-Nya.

Untuk penyelesaian separuh pinjaman PTPTN, keyakinan, kesabaran, perancang yang tersusun dan rapi pasti menjamin kejayaan saya. Nampak mustahil bukan? Mungkin pada sesetengah orang. Tidak pada saya dan tidak juga pada anda bukan? Sudah ada yang berjaya dengan IzinNya.

Anda punyai impian sama dengan saya? Mempunyai WHY yang kuat untuk berjaya? Ingin berikan "lebih" pada keluarga?

Anda perlu cuba bisnes online Shaklee dalam kumpulan saya. InsyaAllah, dengan pengalaman dan tunjuk ajar dari Master Coordinator yang telah berjaya dengan izinNya, kita sama-sama berusaha. InsyaAllah, dengan izinNya atas keyakinan dan usaha kita yang berterusan.

Boleh hubungi saya di talian 019 2752749 untuk maklumat lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

SYED ISMAIL
Pengedar & Stokis Shaklee Cheras
019-2752759

No comments:

Post a Comment