Friday 9 December 2016

Bisnes Online Shaklee untuk Bayar pinjaman PTPTN

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa sihat bersama ahli keluarga tersayang. Buat bisnes online Shaklee untuk bayar pinjaman PTPTN.

Zaman sekarang tanpa pendidikan sekurang-kurangnya Sarjana Muda memang susah nak dapatkan pekerjaan. Hanya pemegang sijil SPM sahaja, otak kena ligat nak meneruskan kehidupan yang semakin mencabar. Lepas untuk diri sendiri dahulu, baru boleh fikir untuk mulakan kehidupan bekeluarga.

Kebiasaan dan boleh dikatakan hampir kesemua yang menyambung pelajaran pasti akan menyambil pinjaman PTPTN. Termasuk saya sendiri. Kadang kala, pinjaman yang dapat hanya cukup-cukup untuk membayar yuran pengajian. Belum lagi untuk kos penginapan dan kos sara hidup sepanjang pengajian. Memang terasa lebih-lebih lagi pada yang buat secara sepenuh masa. Nasi bujang atau nasi kontrak a.k.a nasi putih + telur dadar + sup kosong + sambal belacan ni memang umum untuk warga pelajar. Tidak kira di institusi awam atau swasta, memang realiti ini yang mematangkan mereka. Pengorbanan untuk masa depan.

Selepas zaman ini, alam mencari pekerjaan bermula.  Kebiasaanya pada yang mendapat keputusan yang cemerlang agak mudah mencari pekerjaan tidak kira di sektor awam atau sektor swasta. Itu di zaman saya la. Pada zaman sekarang, peluang pekerjaan adalah semakin terhad.  Sektor awam sendiri lebih berminat untuk mengambil pekerja secara kontrak berbanding secara kekal. Dan disebabkan jumlah graduan semakin ramai, mereka tidak berminat untuk menyambung kontrak dan mengambil graduan-graduan yang lebih baru. Tujuannya adalah mengurangkan jumlah graduan baru yang menganggur, menyediakan sedikit pengalaman untuk mereka gunakan di 'pasaran terbuka'. Kita semua sepatutnya faham akan situasi ini.

Ketika anda sudah mendapatkan segulung ijazah dan mencari-cari pekerjaan, jangan lupa akan pinjaman PTPTN. Masanya untuk membayar semula. Bagaimana anda mahu membayar sekiranya masih lagi mencari pekerjaan atau, sudah mendapat dengan gaji yang hanya cukup-cukup makan? Pinjaman bukan setakat RM500 atau RM1500, kebiasaannya dalam jumlah RM10,000.00 hinggalah RM80,000.00. Angka kosongnya banyak bukan?

Kenapa bisnes online adalah platform yang amat bersesuaian dengan anda? Mungkin anda boleh baca semula entry saya sebelum ini berkenaan dengan kelebihan bisnes online.

Memandang bisnes online tidak mengganggu waktu pebelajaran atau proses mencari kerja atau ketika sedang bekerja untuk pertama-tama kalinya, ia amat membantu bagi anda membuat percaturan untuk membayar pinjaman PTPTN.

Dan sudah ramai yang berhenti bekerja setelah bisnes online sudap mantap dan bonus bulanan sudah kekal paling kurang 5 angka. Ini telah berlaku kepada yang mulanya membuat bisnes online Shaklee. Bukan setakat dapat membayar semula pinjaman PTPTN, malah mampu "membeli" suaminya dari syarikat swasta untuk sekali dengannya bersama keluarga sepanjang masa.

Yang penting, yakin, rajin dan pandai bahagikan masa. Peluang sentiasa terbuka.

Sekian perkongsia saya kali ini. Semoga bermanfaat.

Terima kasih.

SYED ISMAIL SYED ALI
Pengedar dan Stokis Shaklee Cheras
0192752749

No comments:

Post a Comment